Pantai Teluk Bayu, kami membuat rakaman video berkaitan pencarian sukarelawan untuk turda 2.0 yang akan dijalankan nanti. Tujuan cadangan program yang akan dijalankan nanti ialah melibatkan alam sekitar dan khidmat pendidikan. Antara cadangan aktiviti ialah membuat 'keychain' daripada kulit kerang dan juga pembersihan pantai daripada sampah sarap yang dihasilkan oleh pengunjung itu sendiri. Aku bercadang untuk mengadakan satu kempen dimana setiap satu plastik sampah yang terkumpul akan mendapat satu 'keychain' secara percuma.
Kemudian aku ditugaskan untuk menjadi fasi bagi program Mapping Local Guide di Madrasah Uthmaniyah. Bengkel itu bertujuan untuk mengajar guru-guru di sana berkaitan cara yang betul menggunakan aplikasi Maps di telefon pintar. Ia berfungsi dengan cara membuat review di kawasan yang dilawati. Ia dapat membantu memberi review kepada tuan tempat untuk mempromosikan tempat tersebut. Mereka perlu mengambil 10 keping gambar di satu tempat dan muatnaik beserta penerangan berkaitan faedah dan kemudahan yang ada supaya kebaikan dapat diperoleh semua.
Hana, 8 April 2022
No comments:
Post a Comment