AYAT AL-QURAN
surah an-nahl - ayat 90
اِنَّ اللّٰهَ يَاۡمُرُ بِالۡعَدۡلِ وَالۡاِحۡسَانِ وَاِيۡتَآىِٕ ذِى الۡقُرۡبٰى وَيَنۡهٰى عَنِ الۡفَحۡشَآءِ وَالۡمُنۡكَرِ وَالۡبَغۡىِۚ يَعِظُكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُوۡنَ
maksudnya :-
"sesungguhnya allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan. dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pengajaran".
kepada sukarelawan :-
Di mana-mana tempat yang kita pergi bersama kumpulan pasti akan ada yang melakukan perkara tersebut dan sekiranya ia berlaku maka sahabatlah (sukarelawan) yang akan menegur. manusia tidak terlepas dari melakukan dosa. insyaallah ayat ini akan membantu kita semasa pergi ke misi yang akan datang.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AYAT HADITH
Dari Abu Hurairah (RA) bahawasanya, Rasullulah (SAW) bersabda, "sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka ia berkata yang baik-baik atau mendiamkan diri".
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
huraian hadith :-
1. berdiam diri adalah lebih baik daripada berkata perkara yang tidak berfaedah.
2. islam mengajar umatnya memuliakan tetamu, mengeratkan silaturrahim, dan bercakap baik sesama manusia.
Disediakan oleh : Ahmad Fauzan Bin Abu Aini
Tarikh : 9 Februari 2022
Tempat : Kolej Kediaman UNISEL Bestari Jaya
Masa : 3 : 35 AM