Firman Allah Subhanahuwata‘ala:
يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡخَيۡرَٰتِۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan, mereka itu termasuk orang yang soleh.
(Surah Al-Imran : 114)
Berdasarkan ayat ini, asas-asas utama yang perlu dititikberatkan dalam kerja-kerja kesukarelaan ialah memelihara hubungan yang rapat dengan Allah Subhanahuwata‘ala (hablu min Allah) dan, pada waktu yang sama, memelihara hubungan sesama manusia (hablu min ‘an nas).
Islam menekankan peri pentingnya roh pengorbanan (ruh al-tadhhiyah) wujud dalam diri seorang muslim dan inginkan balasan pahala di akhirat kelak. Dengan roh ini, seorang muslim akan lebih bersedia untuk membantu dan membela golongan yang terbiar, tertindas dan memerlukan bantuan.
Orang yang sanggup berkorban dan melakukan kerja-kerja kesukarelaan dipanggil “sukarelawan” bagi lelaki dan “sukarelawati” bagi perempuan. Namun, dalam konteks penggunaan dan pengamalan harian, apabila disebut “sukarelawan”, ia boleh mewakili sukarelawan lelaki dan juga sukarelawan perempuan.
Manakala sukarelawan Islam pula ialah sukarelawan muslim yang melakukan kerja-kerja kesukarelaan dengan ikhlas kerana Allah Subhanahuwata‘ala, menjaga sahsiah Islam, memelihara batas-batas syara’ dan membawa misi da’wah Islam.

Nama : Nina
Tarikh : 10/2/2022
Tempat : Kolej Kediaman , Unisel Bestari Jaya
Masa : 12.31 AM
No comments:
Post a Comment