Saturday, 15 January 2022

Budaya Pinang tunggal,Pulau Pinang




Budaya yang terdapat di Pinang tunggal yang pelajari ialah di mana Penduduk siam amat menitikberatkan tentang batu terat yang terkenal di Sungai Tunggal ,ini kerana ia menjadi bukti kukuh dalam usaha mereka menolak tuduhan pihak-pihak tertentu yang cuba menafikan hak mereka dengan menyatakan mereka (masyarakat Siam) adalah pendatang di Malaysia.Justeru batu terat iaitu Batu Sempadan British-Siam.Berdasarkan sejarah, batu sempadan ini dipercayai dibina Kerajaan British dan Siam pada 1831 iaitu pada zaman penaklukan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Malaya.

Menurut kepercayaan warga Pinang Tunggal ketika Kedah ditakluk Siam sebagai menandakan sempadan antara Kedah dan Seberang Perai yang dikuasai Inggeris.Pada bahagian tengah batu tanda sempadan itu tertera perkataan berhuruf besar 'British Siamese Boundry' diikuti tulisan Siam.

Namun begitu,Batu Sempadan ini tidak ada signifikan bagi orang Melayu kerana tidak memberi sebarang faedah kepada orang Melayu. Walaubagaimanapun, batu ini amat bermakna bagi pihak masyarakat Siam di Malaysia. Batu ini merupakan bukti kukuh dalam usaha mereka menolak tuduhan pihak-pihak yang cuba menafikan hak mereka dengan menyatakan mereka adalah pendatang di bumi Malaysia ini. Soal pendatang bukanlah soal penting bagi masyarakat Siam di Malaysia, tetapi lebih kepada isu hak mereka yang belum dipenuhi, walaupun pada hakikatnya ia telah berlaku iktiraf oleh kerajaan sebagai Bumiputra Malaysia. Walaupun mereka sebagai  terdapat beberapa isu yang masih belum selesai. Isu tanah rezab adalah antara isu yang masih manjadi dalam daging bagi masyarakat Siam di Malaysia. Mereka masih mendapat tanah rezab dan masih memperjuangkan hak mereka.



Batu Terat Yang Terletak Di Atas Batas Dihujung Batas Terdapat Kubur Lama Di Dalam Kebun Getah


Batu ini langsung tidak dipandang orang pada waktu ini. Tambahan pula, penduduk kampung takut mendekati batu ini kerana kononnya dibawah batu ini ditanam kepala orang untuk mengukuhkan kestabilan batu tersebut,Justeru terdapat  kubur lama yang boleh dilihat di hujung batas, terdapat beberapa kubur lama yang boleh dikategorikan sebagai keramat di bawah lindungan pokok getah tersebut. Ia dikatakan kisah 15 tahun lepas. Kini Batu Terat dikatakan mudah sahaja karena projek tebatan Sungai Muda menyebabkan kawasan sekeliling batu ini sudah di sediakan jalan yang boleh digunakan oleh kenderaan.

-fariha-

No comments:

Post a Comment

Puisi: Fotografi Pancaindera

 Indah sungguh ciptaanMu Akan aku jadikan simpananku Dalam sekeping kertas Yang disebut polaroid Kebiruan langit menjadi tarikan utama Kebir...