Wednesday, 19 January 2022

Jambatan Keretapi Sungai Muda



 


Sebaik sahaja pembukaan laluan keretapi dari Bukit Mertajam ke Pinang Tunggal siap, rancangan Federated Malay States Railways (FMSR) seterusnya adalah membina landasan dari Pinang Tunggal ke Alor Star. Pada tahun 1914 jugalah rancangan ini dimulakan.Pinang Tunggal dipisahkan oleh Sungai Muda yang agak luas lebarnya. Oleh itu pihak FMSR terpaksa membina sebuah jambatan bagi merentasi Sungai Muda. Jambatan ini merupakan jambatan pertama yang dibina merentasi Sungai Muda. Sebelum ini penduduk menggunakan sampan untuk menyeberang. Selain digunakan oleh keretapi, jambatan ini juga mempunyai ruangan untuk pejalan kaki dan juga kenderaan ringan seperti basikal dan juga motosikal. Pada zaman dahulu jambatan ini merupakan penghubung dan juga jalan pintas bagi penduduk kedua dua Pinang Tunggal untuk ke Sungai Petani atau Kepala Batas menggunakan motosikal. Sepertimana jambatan lain apabila Perang Dunia Kedua meletus bahagian tengah jambatan ini telah diletupkan bagi melambatkan pergerakkan tenteran Jepun.Menurut cerita orang tua juga serpihan bahagian yang diletupkan itu masih boleh dilihat di dasar Sungai Muda jika airnya surut.Setelah lebih seabad memberi khidmat kepada penunggang basikal, pejalan kaki dan penunggal motosikal akhirnya tugas jambatan ini diambil alih oleh Jambatan Baru Sungai Muda yang siap di bina pada tahun 2008. Tambah menyedihkan dikhabarkan jambatan ini akan dileraikan seperti mana yang dilakukan British pada perang dunia kedua apabila jambatan baru keretapi untuk landasan kedua siap dibina.Moga moga pihak KTMB tidak melakukan perkara tersebut sepertimana yang berlaku kepada Jambatan Keretapi Sungai Kerian. Kini jambatan ini menjadi tumpuan pelancongan bagi sesi fotografi.



Disediakan Oleh : Nina

Tarikh : 19 Januari 2022

Tempat : Unisel Bestari Jaya 

Masa : 2.02 pm 



No comments:

Post a Comment

Puisi: Fotografi Pancaindera

 Indah sungguh ciptaanMu Akan aku jadikan simpananku Dalam sekeping kertas Yang disebut polaroid Kebiruan langit menjadi tarikan utama Kebir...