SELANGOR, 3 FEBRUARI 2022 - Kelab Sukarelawan Darul Ehsan ( DE VOLUNTEER ), membuat perjumpaan O - Group (OG). Turut disertai dengan Sukarelawan Misi Turda Negeri Sembilan secara bersemuka dan Sukarelawan Misi Turda Sabah secara atas talian. Seramai lebih kurang 26 orang sukarelawan misi turut mengikuti musyawarah pada malam tadi. OG ini adalah satu ringkasan bagi diskusi dan solusi. Perjumpaan OG ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama sukarelawan pada masa yang sama , kita juga turut membicarakan tentang isu - isu semasa yang bersifat ekonomi, pendidikan, kerohanian dan sosial. Perjumpaan OG ini kebiasaanya akan diadakan di Surau FCVAC UNISEL, Kampus Bestari Jaya. Bagi sukarelawan yang berkelapangan digalakkan agar mengikuti perjumpaan secara bersemuka dengan mengikut kawalan SOP yang ditetapkan manakala bagi yang tidak berkelapangan juga boleh mengikuti secara di atas talian. Sebaiknya jika kita mempunyai masa yang terluang, gunakan masa tersebut dengan sebaiknya jika masih berkesempatan. Kesan dan pesan daripada kami sukarelawan Misi Turda Penang, hargailah masa kamu seperti mana kamu menghargai nyawamu. Sekian, Assalamualaikum dan Jumpa Lagi pada buletin yang akan datang.
Disediakan oleh : Fatehah Farhaney
Tarikh : 4 Februari 2022
Tempat : Perpustakaan UNISEL , Kampus Bestari Jaya
Masa : 11:09 am
No comments:
Post a Comment