Saturday, 15 January 2022

Ekonomi

Disebabkan pinang tunggal mempunyai tanah yang luas dan sesuai dibuat penanaman, majoriti penduduk merupakan petani dan penternak. Tanaman yang diusahakan ialah seperti padi dan kelapa sawit. Ini kerana jenis tanah disana ialah tanah gambut dan tanah tanah liat halus (aluvia). Selain itu, penduduk di sana juga merupakan penternak  dan perniaga kecil

Perjalanan kami  ialah ke kampung permatang tinggi bakar bata. Mengikut google maps, kg ini dikelilingi dengan tanah aluvia dimana tanah ini digunakan untuk menanam padi. Oleh sebab itu, majoriti penduduk kg permatang tinggi merupakan pekerja di sawah padi. Selain itu, terdapat kilang beras berdekatan dengan kampung permatang tunggi bakar bata. Kilang ini juga merupakan salah satu sumber ekonomi penduduk kampung dimana ramai belia bekerja di sana. Seterusnya ekonomi  penduduk kg permatang tinggi bakar bata juga merupakan pengusaha  kecil dimana dapat dilihat banyak kedai yang diusahakan oleh mereka sbagai contoh peniaga tekstil batik muslimah, kedai roti canai haji eeii, gerai D’asam, kedai baju salina, bengkel kereta Eon hong industrial  dan banyak lagi.  

Akhir sekali, boleh dirumuskan bahawa ekonomi penduduk kampung permatang tinggi bakar bata banyak bergantung dengan  pertanian dan perniagaan kecil dan juga industri. 


Disediakan oleh : Najwa izzati
Tarikh: 15 januari 2022
Tempat: Unisel Bestari Jaya
Masa: 1:34 pm


No comments:

Post a Comment

Puisi: Fotografi Pancaindera

 Indah sungguh ciptaanMu Akan aku jadikan simpananku Dalam sekeping kertas Yang disebut polaroid Kebiruan langit menjadi tarikan utama Kebir...