Monday, 17 January 2022

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL ABIM DAN PEMBIMBING PULAU PINANG


 

SELANGOR, 16 JAN 2022 - Pada Jam 9 malam telah diadakan perjumpaan pertama bersama pihak NGO dalam talian ‘ Google Meet ‘ yang bertempat di kediaman masing - masing. Perjumpaan ini melibatkan 9 sukarelawan ‘ Turda Penang ‘ dari Unisel Kampus Bestari Jaya dan juga pihak ABIM Pulau Pinang yang terdiri daripada En.Fakhrul Amirrudin , En. Muhammad Tarmidzi dan juga saudara Wan Hafiz. Sebagai makluman awal, En. Fakhrul dan juga En. Tarmidzi merupakan alumni Unisel dan juga bekas Presiden MPP di Unisel. Perjumpaan kami juga turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Jaringan & Komuniti COMNET merangkap Penasihat Misi, Ts Izwan Suhadak. Perjumpaan ini bertujuan untuk Pihak NGO mendapat penerangan tentang program dan juga tentatif seharian kami ketika disana. Ianya bertujuan bagi memudahkan urusan kedua-dua belah pihak untuk menyesuaikan program masing-masing pada masa yang sama, objektif yang ingin dicapai terhadap komuniti itu juga tercapai.Alhamdulillah, perjumpaan kami berjalan dengan lancar sehingga tepat pukul  11.15 pm. Sekalung ucap Terima Kasih kami ucapkan kepada Pihak NGO yang sanggup meluangkan masa bersama kami dan juga memberi pendapat yang amat baik bagi pengubahsuaian dan juga membaikpulih program. Sekian, Terima Kasih.


Disediakan oleh : Fatehah Farhaney

Tarikh: 17 Januari 2022

Tempat: UNISEL

Masa: 7:30 AM

No comments:

Post a Comment

Puisi: Fotografi Pancaindera

 Indah sungguh ciptaanMu Akan aku jadikan simpananku Dalam sekeping kertas Yang disebut polaroid Kebiruan langit menjadi tarikan utama Kebir...