KEPALA BATAS: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka jika ada pemimpin baharu yang disepakati untuk menerajui parti menggantikannya.Beliau berkata akan memberi ruang jika ahli akar umbi bersepakat mahu menerima kepemimpinan tertinggi yang baharu."Saya bagi ruang kalau konsensus (kesepakatan ahli) nak terima yang baharu (pemimpin).
"Dalam hal ini kita harus terbuka, jangan terlalu mengongkong dan menerima kebangkitan tokoh baharu."Kita tengok tokoh ditonjolkan dan macam mana konsensus kepimpinan seterusnya 'move on' (teruskan)," katanya ketika ditanya sekiranya ada pemimpin baharu yang ingin menerajui PKR menggantikannya.Terdahulu, beliau hadir pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang di sini, hari ini.Mengulas lanjut, Anwar berkata, bagaimanapun PKR belum memutuskan tarikh pemilihan yang akan diadakan."Kita belum putus lagi bila pemilihan. kalau ada pemilihan kita mesti bagi ruang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, kerajaan perlu memberi penekanan terhadap mutu pembangunan asas seperti pendidikan, kesihatan serta pentadbiran di Sabah dan Sarawak melalui pindaan Rang Undang-undang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).Katanya, sebarang keputusan berdasarkan pelaksanaan pindaan itu hendaklah selaras dengan kepentingan rakyat selain mengetepikan kepentingan peribadi."Sebenarnya kalau dasar itu telus dan akauntabiliti, sebagai kerajaan yang baik mesti jamin semua rakyat terutamanya susah miskin mesti diberi pembelaan kepada semua kaum," katanya.
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan MA63 selepas mendapat majoriti lebih dua pertiga.Rang undang-undang itu memperoleh sokongan 49 senator masing-masing ketika belah bahagian pada bacaan kali kedua dan ketiga, sekali gus lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Negara.
KEPALA BATAS 23 DISEMBER 2021. Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui media ketika Majlis Perjumpaan Presiden Keadilan Bersama Pimpinan Keadilan Pulau Pinang di Penang Golf Resort, Bertam di sini. NSTP/DANIAL SAAD
-zilah-
No comments:
Post a Comment