Wednesday, 12 January 2022

KEPERCAYAAN / KEAGAMAAN

 

                                                                              


        

1. SEJARAH MASJID AL-JAMIUL BADAWI, KEPALA BATAS. (OLD)

                Masjid al-Jamiul Badawi dibina pada tahun 1784 di sebidang tanah lebai abdul kadir. ia dibina meggunakan kayu pada dinding dan berbumbungkan atap. Masjid ini juga bersebelahan dengan tanah perkuburan dan tanah tersebut telah dimanfaatkan oleh semua penduduk kampung disana.

               Terdapat satu lagi masjid dibina iaitu Masjid permatang bertam, ianya dibina pada tahun 1804 di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba allah. Masjid itu berhadapan dengan sekolah kebangsaan permatang bertam. Keluasan masjid tersebut dapat memuatkan penduduk di sekitarnya. Setelah bertahun-tahun, penduduk islam semakin bertambah di kawasan itu, lalu satu lagi masjid ditubuhkan di atas tanah milik datuk dan nenek kepada Tuan haji ahmad bin haji man. Masjid ini berdekatan dengan pekan kepala batas yang membuatkan masjid ini menjadi pusat tumpuan ibadah dan perkembangan islam pada tahun 1854.

                Pada tahun 1854 ini juga ramai penduduk bersepakat untuk membina masjid yang lebih besar, masjid inilah yang masih kekal sehingga kini. Pada masa itu, Allahyarham tok deris dan Tuan Haji Ibrahim Bin Haji Mohd Tahir lah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan urusan pembinaan ini kepada pegawai daerah. pelan itu telah diterima pakai oleh jawatankuasa pembinaan masjid pajak song.

                Pada tahun 1964, masjid itu telah dirobohkan untuk membina masjid yang baru dengan kelulusan dan peruntukan RM 100,00 dari kerajaan pusat iaitu Kementerian Pembangunan Negara dari Luar Bandar. Peruntukan ini juga disokong oleh derma dari orang ramai sebanyak RM 67,000. Masjid ini telah dibina kukuh dan telah diguna pakai sehingga sekarang adalah hasil usaha gigih Allahyarham Dato' Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah Fahim pada tahun 1963 merancang pembinaan masjid baru untuk menggantikan masjid yang lama di atas tapak yang sama. Allahyarham Dato' Haji Ahamd Badawi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Kepala Batas dan Ahli Dewan Undangan Negara Malaysia serta nazir, imam masjid ini telah banyak berjasa kepada penubuhan masjid ini.

                Masjid tersebut siap sepenuhnya pada tahun 1965 dengan pembelanjaan RM 167,000 setelah masjid lama telah dirobohkan pada tahun 1964. pada awal tahun 1966, masjid boleh diguna oakai sepenuhnya oleh masyrakat islam sekitar kawasan kepala batas setelah kerja-kerja melengkapkan alat-alat dan perkakas-perkakasan yang lain yang berkaitan sepoerti sejadah, al-quran, hadis, majalah ilmiah, bekalan air dan elektrik dan sebagainya.

                Pada 2 september 1966 bersamaan 17hb Jamadil Awal 1386 hari jumaat, masjid ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Haji Abdul Razak bin Dato' Hussain iaitu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri pembangunan Negara dan Luar Bandar serta Menteri Pertahanan Malaysia. Nama Masjid ini telah dinamakan sempena nama allahyarham Dato' HAji Ahmad BAdawi bin Haji Abdullah Fahim di atas sumbangan dan jasa beliau. Masjid ini dinamakan Masjid al-jamiul Badawi, Kepala Batas.

                Tercatatnya didalam surat khabar berkenaan dengan sebuah masjid yang kekal utah walau sudah berusia 267 tahun. Masjid tersebut adalah masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas. Masjid ini kukuh kerana pengurusan masjid serta ahli kariahnyalah yang sentiasa menitik beratkan prihal kebersihan bagi membolehkan generasi akan terus memanfaatkan Masjid ini. 

disediakan oleh : ahmad fauzan
tarikh : 13/ 1/2021
masa : 1:00 p.m
tempat : unisel

No comments:

Post a Comment

Puisi: Fotografi Pancaindera

 Indah sungguh ciptaanMu Akan aku jadikan simpananku Dalam sekeping kertas Yang disebut polaroid Kebiruan langit menjadi tarikan utama Kebir...