Monday, 10 January 2022

Pengenalan Turda Penang 1.0


Bismillahirahmanirrahim , Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Hi, salam perkenalan daripada kami pelajar institusi Universiti Selangor Bestari Jaya. Tujuan blog ini dinukilkan adalah sebagai memori simpanan kami ketika menjalankan misi di Penang. Ia juga bertujuan bagi dikongsikan kepada pembaca bagaimanakah pengalaman kami ketika disana, apa aktiviti ataupun program yang kami jalankan semasa berada di Penang. Blog ini adalah sebagai salah satu cara untuk kami kongsikan bersama dunia tentang sedikit petikan bab didalam hidup kami dan harapnya dapat sedikit sebanyak membantu menambah ilmu pengetahuan atau pengalaman kepada para pembaca sekalian walaupun hanya di laman maya. Ilmu yang dikongsikan tidaklah banyak tetapi harapnya mendapat berkat dan redha Allah S.W.T. Sebagai pengenalan awal, kumpulan kami ini terdiri daripada 9 orang, 2 orang lelaki dan 7 orang perempuan iaitu Fauzan, Farief, Fudhla, Fariha, Nina, Afina, Awa, Zila dan Farhaney. Pada setiap minggu bermula sekarang akan ada cetakan baru yang akan diterbitkan oleh salah seorang ahli kumpulan kami secara bergilir dan minggu ini kita akan bermula dengan Fauzan untuk kongsikan persiapan  sebelum ke Misi. Artikel baharu setiap minggu akan dikongsikan pada setiap hari Rabu. Setakat ini sahaja,sedikit sebanyak pengenalan yang saya dapat kongsikan kepda anda semua, Terima Kasih kerana sudi membaca nukilan blog kami ini. Sekian, Jumpa lagi pada artikel yang akan datang.







Disediakan oleh : Fatehah Farhaney 
Tarikh : 10 January 2022
Tempat : Unisel
Masa : 12: 39 PM 

No comments:

Post a Comment

Puisi: Fotografi Pancaindera

 Indah sungguh ciptaanMu Akan aku jadikan simpananku Dalam sekeping kertas Yang disebut polaroid Kebiruan langit menjadi tarikan utama Kebir...