Saturday, 29 January 2022

Perjumpaan OG bersama Penasihat



 SELANGOR, 27 JANUARI 2022 - Kelab Sukarelawan Darul Ehsan ( DE VOLUNTEER ), membuat perjumpa O - Group ( OG ), bersama- sama kita turut disertai oleh penasihat DE VOLUNTEER, Encik Izwan Suhadak. Aktiviti malam ini berkonsepkan kerohanian dan intipati hati berkaitan dengan pemahaman sukarelawan terhadap ayat ayat al-quran yang dibacakan. Aktiviti yang bersifatkan kerohanian ini bertempat di Surau FCVAC UNISEL, Kampus Bestari Jaya. Disamping kesibukan menyiapkan persiapan sebelum ke Misi , sukarelawan juga perlu menyiapkan fizikal dan mental mereka bagi menghadapi apa sahaja rintangan dan cabaran yang akan mendatang. Ini adalah salah satu inisiatif Kelab Sukarelawan Darul Ehsan ( DE VOLUNTEER ) dalam membantu para sukarelawan dalam persiapan fizikal dan mental supaya kekal tabah dalam mengharungi misi yang akan datang.

Disediakan oleh : Fatehah Farhaney
Tarikh : 29 Januari 2022
Tempat : Unisel
Masa : 12 : 24 AM

No comments:

Post a Comment

Puisi: Fotografi Pancaindera

 Indah sungguh ciptaanMu Akan aku jadikan simpananku Dalam sekeping kertas Yang disebut polaroid Kebiruan langit menjadi tarikan utama Kebir...