Thursday, 27 January 2022

SALAM FOOD TURDA PENANG

 



SELANGOR,26 JANUARI 2022 - Kelab Sukarelawan Darul Ehsan ( DE VOLUNTEER ), membuat satu inisiatif di mana akan memberikan makanan percuma kepada mahasiswa dan mahasiswi pada setiap hari Rabu setiap minggu jam 11 pagi bertempat di Kafeteria Kolej Kediaman. Inisiatif ini di buat untuk menjimatkan perbelajaan para mahasiswa dan mahasiswi bagi perbelanjaan makan tengah hari. Makanan yang di sediakan terhad kepada 50 mahasiswa dan mahasiswi. Program ini dikenali sebagai “Salam Food”.  Sehubungan dengan itu, Kumpulan Sukarelawan Turda Penang turut serta turun padang sekaligus menyebarkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan misi yang akan dijalankan. Para sukarelawan yang terdiri daripada Fauzan, Farief, Haney, Fazilah, Fariha dan Nina bersama- sama memberikan makanan tersebut.


Apa yang dapat dilihat, para mahasiswa dan mahasiswi amatlah gembira kerana inisiatif ini sedikit sebanyak membantu mereka untuk menyimpan duit mereka. Dalam pada masa yang sama, mereka yang menerima makanan dari Salam Food memberi sedikit sumbangan ikhlas bagi membantu untuk melaksanakan program komiti di Pulau Pinang nanti. Kumpulan Turda Penang amatlah berharap agar program ini dapat diteruskan agar kita sama-sama dapat menyebarkan salam sekaligus merapatkan lagi hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya. 


No comments:

Post a Comment

Puisi: Fotografi Pancaindera

 Indah sungguh ciptaanMu Akan aku jadikan simpananku Dalam sekeping kertas Yang disebut polaroid Kebiruan langit menjadi tarikan utama Kebir...