Thursday, 20 January 2022

PERJUMPAAN MINGGU SUKARELAWAN TURDA PENANG






UNIVERSITI SELANGOR, 20 JAN 2022 - Pada jam 7 pagi kami sukarelawan Turda Penang di bawah Grup Sukarelawan Darul Ehsan diminta untuk berkumpul di Kafe Kolej Kediaman, Universiti Selangor. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan mingguan bersama penasihat misi yang akan kami jalankan di kawasan Pinang Tunggal dan Kampung Pematang Tinggi Bakar Bata yang terletak di Pulau Pinang. Pada awal perbincangan kami, Ts Izwan Suhadak  selaku penasihat telah memberi beberapa soalan atas tugasan yang telah diberikan kepada setiap ahli sukarelawan Turda Penang. Pada mulanya Ts Izwan Suhadak bertanya tentang tempahan tiket dan harga tambang tiket bas yang akan kami naiki untuk bertolak ke tempat misi dan tiket pulang. Setelah itu saya Nur Fazilah, selaku sukarelawan yang betrtanggungjawab menjaga bahagian tiket diarahkan untuk membuat tempahan tiket pada 21 Jan 2022 untuk tarikh bertolak iaitu pada 26 Mac dan untuk tarikh pulang pada 8 April 2022.  Untuk maklumat berlakunya perubahan dari segi tarikh pulang. Ia diawalkan dua hari lebih awal daripada tarikh yang diberikan sebelum ini. Ini kerana kami akan memulakan sesi kuliah pada 11 April 2022. Selain itu, bagi pencarian tajaan individu dan program yang akan dilaksanakan, kami diarahkan oleh Ts Izwan Suhadak untuk mencari bersama-sama untuk saling bantu-membantu. Akhir sekali, kami diarahkan untuk mendapatkan nombor telefon ketua kampung sebagai panduan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tentang keadaan dan kawasan disana. 


                                                      

No comments:

Post a Comment

Puisi: Fotografi Pancaindera

 Indah sungguh ciptaanMu Akan aku jadikan simpananku Dalam sekeping kertas Yang disebut polaroid Kebiruan langit menjadi tarikan utama Kebir...