Sejarah Keretapi di Tanah Melayu bermula apabila pembinaan landasan dari Taiping ke Kuala Sepetang (Port Weld).Selepas itu pembinaan landasan dimula secara berperingkat di negeri-negeri Tanah Melayu sebelum digabungkan oleh Federated Malay States Railway. Landasan keretapi pertama di Pulau Pinang dibina bagi menghubungkan Prai dan Bukit Mertajam pada 1899 seterusnya dari Prai ke Nibong Tebal pada 1900. Sepertimana yang tercatat di laman web malayarailway.com, pembinan landasan dari Bukit Mertajam ke Alor Star Kedah bermula pada tahun 1912. Menurut laman web itu lagi pada 19 Oktober 1914, laluan Bukit Mertajam ke Pinang Tunggal secara rasminya telah dibuka. Menurut cerita lisan orang-orang tua, sewaktu keretapi pertama kali sampai di Pinang Tunggal ramai yang lari kerana takut dengan bunyi dan rupa keretapi tersebut hingga menyebabkan orang Inggeris terpaksa menangkap dan membawa naik penduduk kampung bagi menyakinkan mereka tentang kegunaan keretapi. Dahulu kawasan di sekeliling stesyen keretapi ini telah membangun dengan pesat dan semua aktiviti ekonomi banyak tertumpu di
Kedai kedai cina banyak dibuka di situ.Tapi kini setelah keretapi tidak lagi menjadi pengangkutan utama, kawasan ini telah bertukar menjadi pekan mati.Yang tinggal hanyalah kedai Cina yang lebih dikenali sebagai Kedai Gemuk. Banyak juga deretan kedai yang telah dirobohkan. Apabila saya membaca berita bahawa stesyen ini juga diancam untuk dirobohkan bagi memberi jalan bagi projek landasan berkembar, saya telah mengambil inisiatif merakam beberapa keping gambar untuk sejarah.Kini jika anda datang suasana yang tenang dan indah seperti gambar gambar di atas sudah tiada lagi kerana telah pun diratakan bagi tujuan landasan kedua.Saya berharap agar Stesyen ini akan terus dikekalkan bagi tatapan generasi akan datang.
Nama : Nina
Tarikh : 23/1/2022
Masa : 5.46 pm
Tempat : Unisel Bestari Jaya
No comments:
Post a Comment