Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bergurau bahawa beliau akan membendung Sungai Muda dan mengalihkan perairannya dari Pulau Pinang. Ini jika Pulau Pinang tidak membayar bil air mentah yang berhutang dengan Kedah, katanya. "Kita akan alihkan Sungai Muda ke tempat lain... dari mana awak (Pulau Pinang) dapat air? "Saya boleh minta penduduk kampung meletakkan beg pasir untuk membendung sungai di Pinang Tunggal. "Itu pengambilan terakhir kami. Selepas semuanya kering anda pergi menangkap ikan (dengan tangan) di Sungai Pulau Pinang," katanya.
Thursday, 10 February 2022
Politik Kampung Pinang Tunggal Bakar Bata
Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bergurau bahawa beliau akan membendung Sungai Muda dan mengalihkan perairannya dari Pulau Pinang. Ini jika Pulau Pinang tidak membayar bil air mentah yang berhutang dengan Kedah, katanya. "Kita akan alihkan Sungai Muda ke tempat lain... dari mana awak (Pulau Pinang) dapat air? "Saya boleh minta penduduk kampung meletakkan beg pasir untuk membendung sungai di Pinang Tunggal. "Itu pengambilan terakhir kami. Selepas semuanya kering anda pergi menangkap ikan (dengan tangan) di Sungai Pulau Pinang," katanya.
Disediakan oleh :Nur Fazilah binti Pazerizulsham
misi mengeratkan silaturrahim
AYAT AL-QURAN
surah an-nahl - ayat 90
اِنَّ اللّٰهَ يَاۡمُرُ بِالۡعَدۡلِ وَالۡاِحۡسَانِ وَاِيۡتَآىِٕ ذِى الۡقُرۡبٰى وَيَنۡهٰى عَنِ الۡفَحۡشَآءِ وَالۡمُنۡكَرِ وَالۡبَغۡىِۚ يَعِظُكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُوۡنَ
maksudnya :-
"sesungguhnya allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan. dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pengajaran".
kepada sukarelawan :-
Di mana-mana tempat yang kita pergi bersama kumpulan pasti akan ada yang melakukan perkara tersebut dan sekiranya ia berlaku maka sahabatlah (sukarelawan) yang akan menegur. manusia tidak terlepas dari melakukan dosa. insyaallah ayat ini akan membantu kita semasa pergi ke misi yang akan datang.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AYAT HADITH
Dari Abu Hurairah (RA) bahawasanya, Rasullulah (SAW) bersabda, "sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka ia berkata yang baik-baik atau mendiamkan diri".
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
huraian hadith :-
1. berdiam diri adalah lebih baik daripada berkata perkara yang tidak berfaedah.
2. islam mengajar umatnya memuliakan tetamu, mengeratkan silaturrahim, dan bercakap baik sesama manusia.
Disediakan oleh : Ahmad Fauzan Bin Abu Aini
Tarikh : 9 Februari 2022
Tempat : Kolej Kediaman UNISEL Bestari Jaya
Masa : 3 : 35 AM
Kesukarelaan & Sukarelawan Islam
يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡخَيۡرَٰتِۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan, mereka itu termasuk orang yang soleh.
(Surah Al-Imran : 114)
Berdasarkan ayat ini, asas-asas utama yang perlu dititikberatkan dalam kerja-kerja kesukarelaan ialah memelihara hubungan yang rapat dengan Allah Subhanahuwata‘ala (hablu min Allah) dan, pada waktu yang sama, memelihara hubungan sesama manusia (hablu min ‘an nas).
Islam menekankan peri pentingnya roh pengorbanan (ruh al-tadhhiyah) wujud dalam diri seorang muslim dan inginkan balasan pahala di akhirat kelak. Dengan roh ini, seorang muslim akan lebih bersedia untuk membantu dan membela golongan yang terbiar, tertindas dan memerlukan bantuan.
Orang yang sanggup berkorban dan melakukan kerja-kerja kesukarelaan dipanggil “sukarelawan” bagi lelaki dan “sukarelawati” bagi perempuan. Namun, dalam konteks penggunaan dan pengamalan harian, apabila disebut “sukarelawan”, ia boleh mewakili sukarelawan lelaki dan juga sukarelawan perempuan.
Manakala sukarelawan Islam pula ialah sukarelawan muslim yang melakukan kerja-kerja kesukarelaan dengan ikhlas kerana Allah Subhanahuwata‘ala, menjaga sahsiah Islam, memelihara batas-batas syara’ dan membawa misi da’wah Islam.
Batas Jepun, Permatang Saga, Pinang Tunggal
Wednesday, 9 February 2022
Sukarelawan dari Perspektif Islam
Ayat Al - Quran
Surah Al - Maa'un
Ayat 1 - 7
1. Adakah engkau perhatikan orang yang mendustakan agama.
2. Itulah ( orang ) yang mengherdik anak yatim.
3. Dan tiada mengajurkan untuk memberikan makanan kepada orang miskin.
4. Sebab itu, celaka untuk orang - orang yang bersembahyang.
5. Yang lalai dari sembahyang,
6. Yang mengerjakan ( kebaikan ) untuk dilihat orang
7. Dan enggan menolong sebarang pertolongan.
Intisari Ayat
Islam itu bukan sahaja sembahyang tetapi juga kerja - kerja kebajikan seperti menolong anak yatim, orang miskin ataupun sebarang pertolongan.
Hadis
" Sebaik - baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain "
( hadis daripada Quda'ie daripada Jabir r.a. dalam Kitab Ja'miu Shaghir )
Disediakan oleh : Fatehah Farhaney
Tarikh : 9 Februari 2022
Tempat : Kolej Kediaman UNISEL Bestari Jaya
Masa : 4 : 35 PM
Monday, 7 February 2022
Keadaan Timbalan Ketua Menteri 1 P. Pinang stabil
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengadu sakit dada semalam, berada dalam keadaan stabil hari ini.
Pengarah HPP Datuk Dr Norsidah Ismail berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal itu telah menjalani rawatan angiogram pagi ini.
"Datuk (Ahmad Zakiyuddin) dalam keadan stabil dan orang ramai tidak perlu risau, beliau juga telah menjalani rawatan angiogram pagi ini namun saya tidak boleh mengulas lanjut berhubung (rawatan) itu kerana saya belum dimaklumkan keputusannya.
"Berapa lama beliau akan menerima rawatan di sini (HPP) bergantung pada perkembangan keadaan kesihatan beliau," katanya kepada pemberita selepas perasmian Kursus Perkembangan Penyakit Parkinson di Pulau Pinang, di HPP hari ini.
Ahmad Zakiyuddin memenangi kerusi DUN Pinang Tunggal mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Roslan Saidin pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas. - Gambar fail
Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Afif Bahardin.
Semalam, Ahmad Zakiyuddin dilapor meminta pemandunya menghantar beliau ke sebuah hospital swasta di Bandar Perda untuk rawatan berikutan rasa kurang sihat sebelum dipindahkan ke HPP dan diletakkan di bawah pengawasan doktor selepas mengadu sakit dada dan dirujuk ke Wad Rawatan Jantung (CRW) HPP untuk rawatan lanjut.
Ahmad Zakiyuddin, 60, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pinang Tunggal mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Roslan Saidin pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lepas dan seterusnya dilantik Timbalan Ketua Menteri 1 serta turut memegang portfolio Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat negeri.
Sementara itu, Chow dalam ucapan perasmiannya berkata kerajaan negeri mahu orang ramai mempunyai kesedaran terhadap penyakit parkinson dan memberi sokongan kepada komuniti pesakit parkinson kerana ia dapat membantu untuk membaik pulih kualiti kehidupan pesakit terlibat.
"Saya memahami bahawa tugas untuk mewujudkan kesedaran tentang penyakit parkinson adalah satu cabaran yang sangat besar malah mungkin lebih mecabar kerana ia memerlukan masa untuk orang ramai memahami bahawa ia adalah sejenis penyakit dan bukannya masalah mental," katanya.
Disediakan oleh :Nur Fazilah binti Pazerizulsham
Tarikh : 3 Feb 2022
Tempat : klang , Selangor
Masa : 12:00 ptg
Friday, 4 February 2022
PERJUMPAAN O - GROUP BERSAMA SUKARELAWAN MISI
SELANGOR, 3 FEBRUARI 2022 - Kelab Sukarelawan Darul Ehsan ( DE VOLUNTEER ), membuat perjumpaan O - Group (OG). Turut disertai dengan Sukarelawan Misi Turda Negeri Sembilan secara bersemuka dan Sukarelawan Misi Turda Sabah secara atas talian. Seramai lebih kurang 26 orang sukarelawan misi turut mengikuti musyawarah pada malam tadi. OG ini adalah satu ringkasan bagi diskusi dan solusi. Perjumpaan OG ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama sukarelawan pada masa yang sama , kita juga turut membicarakan tentang isu - isu semasa yang bersifat ekonomi, pendidikan, kerohanian dan sosial. Perjumpaan OG ini kebiasaanya akan diadakan di Surau FCVAC UNISEL, Kampus Bestari Jaya. Bagi sukarelawan yang berkelapangan digalakkan agar mengikuti perjumpaan secara bersemuka dengan mengikut kawalan SOP yang ditetapkan manakala bagi yang tidak berkelapangan juga boleh mengikuti secara di atas talian. Sebaiknya jika kita mempunyai masa yang terluang, gunakan masa tersebut dengan sebaiknya jika masih berkesempatan. Kesan dan pesan daripada kami sukarelawan Misi Turda Penang, hargailah masa kamu seperti mana kamu menghargai nyawamu. Sekian, Assalamualaikum dan Jumpa Lagi pada buletin yang akan datang.
Disediakan oleh : Fatehah Farhaney
Tarikh : 4 Februari 2022
Tempat : Perpustakaan UNISEL , Kampus Bestari Jaya
Masa : 11:09 am
Wednesday, 2 February 2022
Perkembangan dalam aspek sosial dan ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang sejak awal kurun ke-19 sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua dan beberapa dekad selepasnya. Kedudukan Pulau Pinang sebagai pelabuhan perdagangan sejak diambil alih oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris daripada kesultanan Kedah pada 1786 menukar dengan cepat corak kehidupan orang Melayu di negeri ini. Mereka bukan sahaja bersaing mencari kemajuan dalam aspek ekonomi, malah terdedah kepada pembaharuan yang dibawa dari luar mahupun dari negeri-negeri Melayu sendiri. Sifat persaingan dalam sebuah kehidupan kosmopolitan ini turut membawa kemajuan dalam pendidikan, kesusasteraan dan percetakan. Di Pulau Pinang inilah lahirnya pemikir yang memanjangkan pemodenan yang turut menggunakan percetakan sebagai wadah menyampaikan transformasi kepada masyarakat Melayu. Peranan Pulau Pinang sebagai pusat perkumpulan dan perlepasan jemaah haji sejak pertengahan kurun ke-19 menjadikan dunia percetakan, khususnya buku-buku keagamaan begitu rancak di negeri itu. Seberang Perai turut menerima tempias daripada perkembangan ini. Hubungan antara kedua-duanya terjalin erat atas keperluan ekonomi, kemasyarakatan dan keagamaan meskipun ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu di Seberang Perai masih kuat dipengaruhi sifat kekedahan yang pernah menjadi pertuanan mereka sebelum diambil alih oleh SHTI pada 1800.
Disediakan oleh : Fatehah Farhaney
Tarikh : 2 Februari 2022
Tempat : UNISEL
Masa :6 :18 PM
Puisi: Fotografi Pancaindera
Indah sungguh ciptaanMu Akan aku jadikan simpananku Dalam sekeping kertas Yang disebut polaroid Kebiruan langit menjadi tarikan utama Kebir...
-
Disebabkan kami memilih kawasan DUN Pinang Tunggal sebagai lokasi misi kami, ini sedikit sebanyak sejarah awal pertemuan kawasan ini. Pin...
-
Pantai Teluk Bayu, kami membuat rakaman video berkaitan pencarian sukarelawan untuk turda 2.0 yang akan dijalankan nanti. Tujuan cadangan p...
-
Madrasah Tahfiz Al- Falah telah dibina pada awal tahun 2007 dan sehingga kini bangunannya telah dibaik pulih sehingga menjadi sebuah bangun...