SELANGOR, 27 JANUARI 2022 - Kelab Sukarelawan Darul Ehsan ( DE VOLUNTEER ), membuat perjumpa O - Group ( OG ), bersama- sama kita turut disertai oleh penasihat DE VOLUNTEER, Encik Izwan Suhadak. Aktiviti malam ini berkonsepkan kerohanian dan intipati hati berkaitan dengan pemahaman sukarelawan terhadap ayat ayat al-quran yang dibacakan. Aktiviti yang bersifatkan kerohanian ini bertempat di Surau FCVAC UNISEL, Kampus Bestari Jaya. Disamping kesibukan menyiapkan persiapan sebelum ke Misi , sukarelawan juga perlu menyiapkan fizikal dan mental mereka bagi menghadapi apa sahaja rintangan dan cabaran yang akan mendatang. Ini adalah salah satu inisiatif Kelab Sukarelawan Darul Ehsan ( DE VOLUNTEER ) dalam membantu para sukarelawan dalam persiapan fizikal dan mental supaya kekal tabah dalam mengharungi misi yang akan datang.
Saturday, 29 January 2022
Perjumpaan OG bersama Penasihat
Thursday, 27 January 2022
SALAM FOOD TURDA PENANG
SELANGOR,26 JANUARI 2022 - Kelab Sukarelawan Darul Ehsan ( DE VOLUNTEER ), membuat satu inisiatif di mana akan memberikan makanan percuma kepada mahasiswa dan mahasiswi pada setiap hari Rabu setiap minggu jam 11 pagi bertempat di Kafeteria Kolej Kediaman. Inisiatif ini di buat untuk menjimatkan perbelajaan para mahasiswa dan mahasiswi bagi perbelanjaan makan tengah hari. Makanan yang di sediakan terhad kepada 50 mahasiswa dan mahasiswi. Program ini dikenali sebagai “Salam Food”. Sehubungan dengan itu, Kumpulan Sukarelawan Turda Penang turut serta turun padang sekaligus menyebarkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan misi yang akan dijalankan. Para sukarelawan yang terdiri daripada Fauzan, Farief, Haney, Fazilah, Fariha dan Nina bersama- sama memberikan makanan tersebut.
Apa yang dapat dilihat, para mahasiswa dan mahasiswi amatlah gembira kerana inisiatif ini sedikit sebanyak membantu mereka untuk menyimpan duit mereka. Dalam pada masa yang sama, mereka yang menerima makanan dari Salam Food memberi sedikit sumbangan ikhlas bagi membantu untuk melaksanakan program komiti di Pulau Pinang nanti. Kumpulan Turda Penang amatlah berharap agar program ini dapat diteruskan agar kita sama-sama dapat menyebarkan salam sekaligus merapatkan lagi hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya.
Politik III
KAMPUNG PINANG TUNGGAL BAKAR BATA .
Kampung Pinang Tunggal Bakar Bata merupakan salahsatu tempat yang berpengaruh kuat dalam kegiatan dadah dikhalayak remaja. Oleh kerana, kegiata dadah berleluasa, kampung Pinang Tunggal Bakar Bata amat menggalakkan kempen anti merokok diadakan diperingkat sekolah rendah atau tadika. Selain itu, jemputan sukarelawan luar digalakkan untuk mendedahkan keburukan merokok untuk kesihatan.
Penduduk kampung Pinang Tunggal Bakar Bata, lambat mengambil apa-apa sahaja tindakan akibat daripada daripada karenah birokrasi jabatan kerajaan. Antara saluran lain yang utama dalam permasalahan kampung dikenal pasti dan diambil perhatian daripada pihak JKKKP. Akan tetapi, disebabkan karenah birokrasi segala permasalahan tinggal diminit mesyuarat sahaja. Kadang-kadang sesuatu masalah yang sepatutnya diselesaikan dalam jangkamasa yang pendek diambil sehingga bertahun untuk diselesaikan.
Disediakan oleh :Nur Fazilah binti Pazerizulsham
Tarikh : 26 jan 2022
Tempat : Hostel , UNISEL
Masa : 11:00 pg
Sunday, 23 January 2022
GEOGRAFI 3.0
Stesyen Keretapi Pinang Tunggal
Sejarah Keretapi di Tanah Melayu bermula apabila pembinaan landasan dari Taiping ke Kuala Sepetang (Port Weld).Selepas itu pembinaan landasan dimula secara berperingkat di negeri-negeri Tanah Melayu sebelum digabungkan oleh Federated Malay States Railway. Landasan keretapi pertama di Pulau Pinang dibina bagi menghubungkan Prai dan Bukit Mertajam pada 1899 seterusnya dari Prai ke Nibong Tebal pada 1900. Sepertimana yang tercatat di laman web malayarailway.com, pembinan landasan dari Bukit Mertajam ke Alor Star Kedah bermula pada tahun 1912. Menurut laman web itu lagi pada 19 Oktober 1914, laluan Bukit Mertajam ke Pinang Tunggal secara rasminya telah dibuka. Menurut cerita lisan orang-orang tua, sewaktu keretapi pertama kali sampai di Pinang Tunggal ramai yang lari kerana takut dengan bunyi dan rupa keretapi tersebut hingga menyebabkan orang Inggeris terpaksa menangkap dan membawa naik penduduk kampung bagi menyakinkan mereka tentang kegunaan keretapi. Dahulu kawasan di sekeliling stesyen keretapi ini telah membangun dengan pesat dan semua aktiviti ekonomi banyak tertumpu di
Kedai kedai cina banyak dibuka di situ.Tapi kini setelah keretapi tidak lagi menjadi pengangkutan utama, kawasan ini telah bertukar menjadi pekan mati.Yang tinggal hanyalah kedai Cina yang lebih dikenali sebagai Kedai Gemuk. Banyak juga deretan kedai yang telah dirobohkan. Apabila saya membaca berita bahawa stesyen ini juga diancam untuk dirobohkan bagi memberi jalan bagi projek landasan berkembar, saya telah mengambil inisiatif merakam beberapa keping gambar untuk sejarah.Kini jika anda datang suasana yang tenang dan indah seperti gambar gambar di atas sudah tiada lagi kerana telah pun diratakan bagi tujuan landasan kedua.Saya berharap agar Stesyen ini akan terus dikekalkan bagi tatapan generasi akan datang.
Nama : Nina
Tarikh : 23/1/2022
Masa : 5.46 pm
Tempat : Unisel Bestari Jaya
Thursday, 20 January 2022
PERJUMPAAN MINGGU SUKARELAWAN TURDA PENANG
EKONOMI 2.0
Pulau pinang dikenali sebagai tempat pelancongan yang sering mencuri perhatian seperti bukit bendera dan banyak lagi. Namun pulau pinang juga kaya dengan tanah yang subur . sekaligus dengan itu, pinang tunggal juga tidak tertinggal dengan perkembangan ekonomi yang berlaku, dimana pinang tunggal dijadikan produk eko pelancongan bagi seberang perai.
Menurut blog sukan pulau pinang, telah diadakan acara kayuhan ria bersama-sama Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Seri Khadijah Mohd. Acara ini diwujudkan bertujuan untuk meninjau destinasi yang menarik , sekaligus mengangkatnya menjadi tempat eko pelancongan. Antara destinasi yang mereka kunjungi ialah laluan berbasikal dari Kampung Permatang Saga ke Rumah Pam Lahar Tiang seterusnya ke Ekor Kucing yang menjadi sempadan antara Negeri Pulau Pinang dan Kedah. Laluan berbasikal desa sepanjang 30km ini melalui kawasan kampung, batas sawah padi, anak sungai dan tasik sekitar KADUN Pinang Tunggal yang mempunyai potensi menjadi tarikan pelancong luar.
Rujukan : https://sukanpp.gov.my/sertai-tyt-berbasikal-tinjau-potensi-produk-eko-pelancongan-pinang-tunggal/
Disediakan oleh: Najwa izzati
Tempat: hostel siswi unisel bestari jaya
masa: 6:28 a.m
tarikh: 20 january 2020 bersamaan 17 jamadil akhir, 1443
BIODATA MUFTI PULAU PINANG
Tarikh / Tempat Lahir : 21 January 1944 di Jitra, Kedah.
Nama Isteri : Datin Jariah Binti Mohd. Noh.
Bilangan Anak : 5 orang
* wan iman (pensyarah Universiti Kuala Lumpur, cawangan bangi, selangor)
*wan saiful islam ( pensyarah Universiti tun hussein onn)
* wan wardatul amani (pensyarah Universiti islam antarabangsa)
*wan ainnur anhar (Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Seremban, Negeri Sembilan)
* wan muhammad yasir (peniaga)
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
1. Sekolah Melayu Siputeh, Jitra, Kedah.
2. Maahad Mahmud, Alor Setar, Kedah (1965 – 1967).
3. Ijazah Sarjana Muda, Kuliah Usul Al-Din, Akidah dan Falsafah, Universiti AlAzhar, Kaherah, Mesir (1968).
4. Diploma Pendidikan, Universiti Ayn Al-Shams, Kaherah (1971).
5. Ijazah Sarjana, Dakwah Dan Pengajian Islam, Universiti Al-Azhar Mesir, Kaherah
(1973).
6. PhD, Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (1988)
SUMBANGAN
1.Ahli Lembaga Pengawalan dan Perlesenan
Percetakan Al-Quran, Kementerian Dalam
Negeri (27 November 2014 - Kini)
2. Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri
Pulau Pinang (2 September 2014 - Kini)
3. Yang Di Pertua Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM) Cawangan Pulau Pinang (1990 – 2000)
4. Yang Di Pertua Persatuan Ulama’ Malaysia
Cawangan Pulau Pinang (2003 - 2014)
5. Yang Di Pertua Wadah Pencerdasan Ummah
(WADAH) Cawangan Pulau Pinang
(2001 - 2008)
Wednesday, 19 January 2022
Madrasah Tahfiz Al- Falah, Paya Keladi
Madrasah Tahfiz Al- Falah telah dibina pada awal tahun 2007 dan sehingga kini bangunannya telah dibaik pulih sehingga menjadi sebuah bangunan baharu. Madrasah Tahfiz Al- Falah bertempat di Lot 906, Mukim 6, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Disini kami sediakan sedikit info dan gambaran kepada pembaca untuk melihat suasana madrasah tahfiz tersebut. Tidak banyak yang kami dapat kongsikan tetapi selepas membuat tinjauan ketika misi nanti, pasti kami akan kemaskini info yang terkini kepada anda semua.Terima kasih kerana membaca!
Tempat : UNISEL
Tarikh : 19 Januari 2022
Masa : 8:50 PM
Jambatan Keretapi Sungai Muda
Sebaik sahaja pembukaan laluan keretapi dari Bukit Mertajam ke Pinang Tunggal siap, rancangan Federated Malay States Railways (FMSR) seterusnya adalah membina landasan dari Pinang Tunggal ke Alor Star. Pada tahun 1914 jugalah rancangan ini dimulakan.Pinang Tunggal dipisahkan oleh Sungai Muda yang agak luas lebarnya. Oleh itu pihak FMSR terpaksa membina sebuah jambatan bagi merentasi Sungai Muda. Jambatan ini merupakan jambatan pertama yang dibina merentasi Sungai Muda. Sebelum ini penduduk menggunakan sampan untuk menyeberang. Selain digunakan oleh keretapi, jambatan ini juga mempunyai ruangan untuk pejalan kaki dan juga kenderaan ringan seperti basikal dan juga motosikal. Pada zaman dahulu jambatan ini merupakan penghubung dan juga jalan pintas bagi penduduk kedua dua Pinang Tunggal untuk ke Sungai Petani atau Kepala Batas menggunakan motosikal. Sepertimana jambatan lain apabila Perang Dunia Kedua meletus bahagian tengah jambatan ini telah diletupkan bagi melambatkan pergerakkan tenteran Jepun.Menurut cerita orang tua juga serpihan bahagian yang diletupkan itu masih boleh dilihat di dasar Sungai Muda jika airnya surut.Setelah lebih seabad memberi khidmat kepada penunggang basikal, pejalan kaki dan penunggal motosikal akhirnya tugas jambatan ini diambil alih oleh Jambatan Baru Sungai Muda yang siap di bina pada tahun 2008. Tambah menyedihkan dikhabarkan jambatan ini akan dileraikan seperti mana yang dilakukan British pada perang dunia kedua apabila jambatan baru keretapi untuk landasan kedua siap dibina.Moga moga pihak KTMB tidak melakukan perkara tersebut sepertimana yang berlaku kepada Jambatan Keretapi Sungai Kerian. Kini jambatan ini menjadi tumpuan pelancongan bagi sesi fotografi.
Disediakan Oleh : Nina
Tarikh : 19 Januari 2022
Tempat : Unisel Bestari Jaya
Masa : 2.02 pm
Tuesday, 18 January 2022
GEOGRAFI 2.0
Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata merupakan salah satu kampung yang kami menjalankan misi. Kawasana tersebut merupakan kawasan berdekatan kawasan penanaman padi. Selain itu, penduduk di situ juga membina tempat tinggal dengan secara berkelompok dan mempunyai penduduk yang ramai juga. Disitu juga maju dengan penanaman kerana disitu mempunyai tanah aluvium yang subur, Ini menunjukkan bahawa kawasan tersebut maju dengam sektor penanaman. Di kawasan tersebut juga kita boleh lihat kurang aktif dengan sektor pembinaan. Ini menunjukkan bahawa kawasan tersebut kurang maju tentang pembinaan. Seterusnya, kawasan tersebut juga ada yang membina rumah dengan cara berkelompok.
Politik II
KEPALA BATAS: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka jika ada pemimpin baharu yang disepakati untuk menerajui parti menggantikannya.Beliau berkata akan memberi ruang jika ahli akar umbi bersepakat mahu menerima kepemimpinan tertinggi yang baharu."Saya bagi ruang kalau konsensus (kesepakatan ahli) nak terima yang baharu (pemimpin).
"Dalam hal ini kita harus terbuka, jangan terlalu mengongkong dan menerima kebangkitan tokoh baharu."Kita tengok tokoh ditonjolkan dan macam mana konsensus kepimpinan seterusnya 'move on' (teruskan)," katanya ketika ditanya sekiranya ada pemimpin baharu yang ingin menerajui PKR menggantikannya.Terdahulu, beliau hadir pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang di sini, hari ini.Mengulas lanjut, Anwar berkata, bagaimanapun PKR belum memutuskan tarikh pemilihan yang akan diadakan."Kita belum putus lagi bila pemilihan. kalau ada pemilihan kita mesti bagi ruang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, kerajaan perlu memberi penekanan terhadap mutu pembangunan asas seperti pendidikan, kesihatan serta pentadbiran di Sabah dan Sarawak melalui pindaan Rang Undang-undang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).Katanya, sebarang keputusan berdasarkan pelaksanaan pindaan itu hendaklah selaras dengan kepentingan rakyat selain mengetepikan kepentingan peribadi."Sebenarnya kalau dasar itu telus dan akauntabiliti, sebagai kerajaan yang baik mesti jamin semua rakyat terutamanya susah miskin mesti diberi pembelaan kepada semua kaum," katanya.
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan MA63 selepas mendapat majoriti lebih dua pertiga.Rang undang-undang itu memperoleh sokongan 49 senator masing-masing ketika belah bahagian pada bacaan kali kedua dan ketiga, sekali gus lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Negara.
KEPALA BATAS 23 DISEMBER 2021. Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui media ketika Majlis Perjumpaan Presiden Keadilan Bersama Pimpinan Keadilan Pulau Pinang di Penang Golf Resort, Bertam di sini. NSTP/DANIAL SAAD
-zilah-
Disediakan oleh :Nur Fazilah binti Pazerizulsham
Tarikh : 18 jan 2022
Tempat : surau fcvec -UNISEL
Masa : 4.00 petang
Monday, 17 January 2022
PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL ABIM DAN PEMBIMBING PULAU PINANG
SELANGOR, 16 JAN 2022 - Pada Jam 9 malam telah diadakan perjumpaan pertama bersama pihak NGO dalam talian ‘ Google Meet ‘ yang bertempat di kediaman masing - masing. Perjumpaan ini melibatkan 9 sukarelawan ‘ Turda Penang ‘ dari Unisel Kampus Bestari Jaya dan juga pihak ABIM Pulau Pinang yang terdiri daripada En.Fakhrul Amirrudin , En. Muhammad Tarmidzi dan juga saudara Wan Hafiz. Sebagai makluman awal, En. Fakhrul dan juga En. Tarmidzi merupakan alumni Unisel dan juga bekas Presiden MPP di Unisel. Perjumpaan kami juga turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Jaringan & Komuniti COMNET merangkap Penasihat Misi, Ts Izwan Suhadak. Perjumpaan ini bertujuan untuk Pihak NGO mendapat penerangan tentang program dan juga tentatif seharian kami ketika disana. Ianya bertujuan bagi memudahkan urusan kedua-dua belah pihak untuk menyesuaikan program masing-masing pada masa yang sama, objektif yang ingin dicapai terhadap komuniti itu juga tercapai.Alhamdulillah, perjumpaan kami berjalan dengan lancar sehingga tepat pukul 11.15 pm. Sekalung ucap Terima Kasih kami ucapkan kepada Pihak NGO yang sanggup meluangkan masa bersama kami dan juga memberi pendapat yang amat baik bagi pengubahsuaian dan juga membaikpulih program. Sekian, Terima Kasih.
Disediakan oleh : Fatehah Farhaney
Tarikh: 17 Januari 2022
Tempat: UNISEL
Masa: 7:30 AM
Saturday, 15 January 2022
Ekonomi
Disebabkan pinang tunggal mempunyai tanah yang luas dan sesuai dibuat penanaman, majoriti penduduk merupakan petani dan penternak. Tanaman yang diusahakan ialah seperti padi dan kelapa sawit. Ini kerana jenis tanah disana ialah tanah gambut dan tanah tanah liat halus (aluvia). Selain itu, penduduk di sana juga merupakan penternak dan perniaga kecil
Perjalanan kami ialah ke kampung permatang tinggi bakar bata. Mengikut google maps, kg ini dikelilingi dengan tanah aluvia dimana tanah ini digunakan untuk menanam padi. Oleh sebab itu, majoriti penduduk kg permatang tinggi merupakan pekerja di sawah padi. Selain itu, terdapat kilang beras berdekatan dengan kampung permatang tunggi bakar bata. Kilang ini juga merupakan salah satu sumber ekonomi penduduk kampung dimana ramai belia bekerja di sana. Seterusnya ekonomi penduduk kg permatang tinggi bakar bata juga merupakan pengusaha kecil dimana dapat dilihat banyak kedai yang diusahakan oleh mereka sbagai contoh peniaga tekstil batik muslimah, kedai roti canai haji eeii, gerai D’asam, kedai baju salina, bengkel kereta Eon hong industrial dan banyak lagi.
Akhir sekali, boleh dirumuskan bahawa ekonomi penduduk kampung permatang tinggi bakar bata banyak bergantung dengan pertanian dan perniagaan kecil dan juga industri.
GEOGRAFI I.0
Di situ juga menunjukkan yang peratus aktiviti tanaman lebih tinggi berbanding aktiviti pembinaan. Pinang Tunggal juga terletak di seberang penjuru timur laut seberang perai. Di Kampung Pinang Tunggal juga terkenal dengan batu terat kembar yang dijaga oleh penduduk siam di kampung tersebut. Kampung Lembah Raja terletak di dalam daerah Pinang Tunggal bersebelahan dengan Sungai Muda. Kampung Pinang Tunggal merupakan kawasan pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan utama di daerah Seberang Perai Utara.
Disedaiakan oleh : Muhammad Farief bin Shuhaily
Tarikh : 10 Januari 2022
Tempat : Rumah
Masa : 1.22 p.m
TOKOH BERKAITAN DENGAN KEPALA BATAS- DATUK HAJI AHMAD BADAWI BIN SYEIKH ABULLAH FAHIM. (POLITIK I)
Gambar diatas : Menunjukan Gambar Datuk Haji Ahmad Badawi Bin Syeikh Abdullah Fahim
Latar Belakang Datuk Ahmad Badawi
Datuk Ahmad Badawi dilahirkan di Makkah ketika bapanya, Sheikh Abdullah Fahim meneruskan pengajian ilmu Islam di tanah suci itu. Beliau mempunyai seorang isteri, Datin Kailan binti Haji Hassan. Datuk Ahmad Badawi meninggal dunia pada 7 Mei 1977.
Pejuang UMNO
Sebagai satu parti yang meletakkan agama Islam sebagai asas perjuangan sejak penubuhannya, UMNO mempunyai barisan kepemimpinan ulama yang tidak gentar berhadapan dengan musuh yang berani mencabar maruah agama, bangsa dan negara. Antara tokoh ulama awal yang menyertai perjuangan UMNO sejak Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaan ialah Dato’ Haji Ahmad Badawi bin Sheikh Abdullah Fahim iaitu bapa kepada bekas Perdana Menteri ke-5 dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sejak tertubuhnya UMNO pada 1946, beliau memaparkan semangat juang yang tinggi untuk membebaskan bangsa dan tanah air daripada belenggu penjajahan di samping mengisi erti kemerdekaan. Sepanjang hayatnya, beliau menjadikan agama Islam sebagai tunjang perjuangannya. Dalam setiap ceramahnya, beliau tidak pernah ketinggalan untuk menyuntik semangat perjuangan Islam di kalangan ahli-ahli UMNO. Dorongan itu amat terserlah khususnya ketika UMNO sedang berjuang habis-habisan untuk menentang penjajahan Inggeris yang ketika itu semakin keras menentang kebangkitan orang Melayu.
Kepimpinan Datuk Ahmad Badawi
Dato’ Haji Ahmad Badawi adalah seorang pemimpin yang berwawasan jauh. Beliau sudah mengingatkan ahli-ahli Umno mengenai bahaya politik wang, bahaya meninggalkan asas Islam dalam perjuangan parti, bahaya menjadi pemimpin yang takbur dan sombong, bahaya tidak melaksanakan ajaran Islam dan bahaya perpecahan bangsa Melayu. Jelas, Dato’ Haji Ahmad Badawi bukan saja hanya bercakap saja mengenai perjuangan tetapi melaksanakan apa yang dilafazkan.
Antara contoh paling jelas ialah pengorbanan beliau yang sanggup bekerja tanpa mengambil wang rakyat meskipun wang itu adalah selaras dengan kerja-kerja yang beliau lakukan. Allahyarham tidak pernah mengambil elaun perjalanan, elaun mesyuarat dan beberapa elaun lain yang layak diterimanya semenjak beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (Adun) dan ahli Exco Pulau Pinang. Perkara ini disahkan oleh Bahagian Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Beliau juga enggan menerima gaji yang banyak ketika beliau dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengetua sebuah sekolah agama yang digelar “Daeratul Maarif al-Wataniayah” di Kepala Batas, Pulau Pinang. Pada kebiasaannya, pengetua sekolah menengah yang menempatkan pelajar lelaki dan wanita ramai sehingga beratus-ratus orang akan menerima gaji sehingga beribu-ribu ringgit setiap bulan. Tetapi atas dasar perjuangan Haji Ahmad Badawi yang berasaskan kecintaannya kepada perjuangan agama, bangsa dan negara, Allahyarham mengenepikan kenikmatan harta dunia yang dianggapnya bersifat sementara sahaja. Justeru, bagi jawatan itu, Allahyarham hanya menerima elaun RM50 sebulan. Malah, beliau menggunakan harta bapanya, seorang lagi pejuang bangsa Melayu yang tulen, Sheikh Abddulah Fahim, untuk dibelanjakan bagi wang saku, wang untuk keretanya yang berjenama Morris 8 model tahun 1951 dan sara hidup keluarganya. Allahyarham tidak sanggup untuk mengambil wang gaji memandangkan sekolah tidak memiliki dana kewangan yang cukup kerana hidup matinya sekolah itu amat bergantung kepada wang yuran RM2 sebulan yang disumbang pelajar. Perjuangan Islam yang ditegakkan oleh Allahyarham amat terserlah kerana di peringkat awal perjuangan UMNO, tokoh Pulau Pinang itu menjadi ulama UMNO yang ulung dalam usahanya menyeru kepada ahli-ahli UMNO dan bangsa Melayu khususnya supaya menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka.
Ini terbukti apabila beliau amat menentang gejala rasuah di kalangan bangsa Melayu. Beliau juga amat tegas dalam menegakkan syiar Islam di dalam parti dan negara khususnya dalam menentang kemungkaran yang membabitkan kepentingan umum seperti rasuah.
Politik Datuk Ahmad Badawi
Beliau juga seorang pejuang yang tidak mementingkan jawatan,. Walaupun beliau pernah menjadi Naib Ketua Pergerakan Pmuda Umno yang sanggup berdepan secara langsung dengan penjajah British, tetapi demi muafakat bangsa Melayu beliau tidak kecewa apabila orang lain yang dipilih sebagai Ketua Pemuda. Ini terbukti apabila krisis kepemimpinan berlaku dalam UMNO dan Allahyarham Kapt Tun Hussein meletak jawatannya, Dato’ Haji Ahmad Badawi, memegang jawatan itu selama empat bulan. Selepas itu, Saadon Jubir (Tun) dipilih memegang jawatan itu, Dato’ Ahmad Badawi tetap memegang sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda. Proses berlangsung tanpa sebarang kekecohan.
Inilah sikap pemimpin bangsa Melayu yang perlu dijadikan model dalam sejarah perjuangan bangsa Melayu. Dato’ Haji Ahmad Badawi adalah lambang bagi kebangkitan perjuangan Islam dalam Umno dalam usaha mengukuhkan bangsa Melayu di peringkat awal perjuangannya. Teras yang ditanam kukuh menjadikan Umno kini menjadi parti Islam bangsa Melayu yang terbesar dan paling kukuh di dunia sehingga hari ini.
Disediakan oleh :Nur Fazilah binti Pazerizulsham
Tarikh : 15 jan 2022
Tempat : klang , selangor
Masa : 1:00 ptg
Budaya Pinang tunggal,Pulau Pinang
Budaya yang terdapat di Pinang tunggal yang pelajari ialah di mana Penduduk siam amat menitikberatkan tentang batu terat yang terkenal di Sungai Tunggal ,ini kerana ia menjadi bukti kukuh dalam usaha mereka menolak tuduhan pihak-pihak tertentu yang cuba menafikan hak mereka dengan menyatakan mereka (masyarakat Siam) adalah pendatang di Malaysia.Justeru batu terat iaitu Batu Sempadan British-Siam.Berdasarkan sejarah, batu sempadan ini dipercayai dibina Kerajaan British dan Siam pada 1831 iaitu pada zaman penaklukan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Malaya.
Menurut kepercayaan warga Pinang Tunggal ketika Kedah ditakluk Siam sebagai menandakan sempadan antara Kedah dan Seberang Perai yang dikuasai Inggeris.Pada bahagian tengah batu tanda sempadan itu tertera perkataan berhuruf besar 'British Siamese Boundry' diikuti tulisan Siam.
Namun begitu,Batu Sempadan ini tidak ada signifikan bagi orang Melayu kerana tidak memberi sebarang faedah kepada orang Melayu. Walaubagaimanapun, batu ini amat bermakna bagi pihak masyarakat Siam di Malaysia. Batu ini merupakan bukti kukuh dalam usaha mereka menolak tuduhan pihak-pihak yang cuba menafikan hak mereka dengan menyatakan mereka adalah pendatang di bumi Malaysia ini. Soal pendatang bukanlah soal penting bagi masyarakat Siam di Malaysia, tetapi lebih kepada isu hak mereka yang belum dipenuhi, walaupun pada hakikatnya ia telah berlaku iktiraf oleh kerajaan sebagai Bumiputra Malaysia. Walaupun mereka sebagai terdapat beberapa isu yang masih belum selesai. Isu tanah rezab adalah antara isu yang masih manjadi dalam daging bagi masyarakat Siam di Malaysia. Mereka masih mendapat tanah rezab dan masih memperjuangkan hak mereka.
SEJARAH INSTITUSI PENDIDIKAN DI PINANG TUNGGAL, PULAU PINANG.
Adakah anda tahu ? Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal merupakan Sekolah Melayu yang pertama di kawasan Pinang Tunggal. Sekolah ini merupakan institusi pendidikan yang pertama didirikan di Kampung Permatang Berangan sejak awal tahun 1930-an lagi bersamaan 1333 Hijrah. Pada permulaannya sekolah ini hanya berdindingkan buluh dan beratap rumbia. Terdapat 1 blok yang menempatkan 4 kelas dari darjah 1 hingga darjah . Bangunan sedia ada telah dinaik taraf dan dilakukan penambahan seiring dengan kemajuan yang ada. Bangunan Blok A telah dibina pada tahun 1985 bagi menampung murid yang semakin ramai di sekolah ini.
Selepas itu, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG serta waris telah bergotong royong membina satu blok bangunan yang kini dikenali sebagai blok D yang menempatkan murid-murid tahun 1. Bangunan ini dibina pada tahun 1998. Dengan terbinanya taman-taman perumahan yang semakin rancak, sekolah ini memerlukan bangunan sekolah yang lebih besar bagi menampung jumlah murid yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina sebuah lagi bangunan 2 tingkat pada tahun 2001 yang menempatkan kelas, bilik mesyuarat, bilik tayangan, makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan dewan terbuka.
Selepas itu, makmal komputer turut dibina pada tahun 2001 bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam membentuk murid yang celik kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Pada Tahun 2007, bangunan pra sekolah turut dibina untuk menempatkan murid pra sekolah.
Sekolah ini juga mempunyai kemudahan surau yang telah dibina pada tahun 1980-an. Namun, melihat kepada jumlah murid yang kini mencapai 940 orang, pihak sekolah dan PIBG telah menubuhkan jawatankuasa pembinaan surau baru bagi menggantikan surau lama yang dilihat sudah tidak mampu menampung murid-murid yang semakin ramai. Surau baru ini telah dimulakan pembinaannya pada tahun 2009 dan telah dirasmikan oleh Timbalan PPD KMY pada bulan Ramadhan tahun 2011 .
Terdapat kemudahan lain yang melengkapkan prasarana sekolah ini seperti padang permainan, kantin sekolah, pondok pengawal, garaj kereta, garaj basikal murid dan lain-lain. Kini, sekolah ini diterajui oleh Guru Besarnya Pn. Hjh Rabeah Bt Yaacob dalam mentadbir sekolah yang kini mencapai usia lebih kurang 79 tahun. Ini adalah sedikit sebanyak pengenalan tentang Pendidikan di kawasan Pinang Tunggal pada zaman dahulu.
Disediakan oleh : Fatehah Farhaney
Tarikh : 15 January 2022
Masa : 1:14 PM
Tempat : Unisel
Sejarah Pinang Tunggal,Pulau Pinang.
Disebabkan kami memilih kawasan DUN Pinang Tunggal sebagai lokasi misi kami, ini sedikit sebanyak sejarah awal pertemuan kawasan ini. Pinang Tungal merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di tebing Sungai Muda, Pulau Pinang.
Pada masa silam kebanyakan perjalanan menggunakan perahu atau rakit melalui sungai. Jadi tempat-tempat di sepanjang sungai dikenali oleh perkara perkara unik di tepi sungai. Kedapatan satu pokok pinang di tepi sungai menjadikan kampung ini dinamakan Kampung Pinang Tunggal. Dalam filem Tan Sri P.Ramlee, latar belakang kehidupan di sini mengilhamkan watak pendekar Pinang Sebatang dalam filem Pendekar Bujang Lapok.
Kampung ini terletak di dalam kawasan parlimen Kepala Batas. Kedudukan Pinang Tunggal di penjuru timur laut Seberang Perai menjadikan kedudukannya amat strategik dan tercatat di dalam sejarah awal Pulau Pinang. Pinang Tunggal terbahagi dua apabila Francis Light mengambil Seberang Perai atau dikenali sebagai Province Wellesley dalam tahun 1800. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari British,Pinang Tunggal kekal sebagai dua buah kampung di dalam negeri yang berbeza iaitu Pulau Pinang dan Kedah.Pinang Tunggal dalam negeri Pulau Pinang lebih terkenal kerana kedudukannya dalam wilayah kolonial British dan banyak peninggalan sejarah boleh di dapati di sini.
Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Pinang_Tunggal
Disediakan oleh : Nina Tarikh : 15 Jan 2022 Tempat : Kampung Halaman, Selangor Masa : 12.15 tengah hari
Wednesday, 12 January 2022
KEPERCAYAAN / KEAGAMAAN
1. SEJARAH MASJID AL-JAMIUL BADAWI, KEPALA BATAS. (OLD)
Masjid al-Jamiul Badawi dibina pada tahun 1784 di sebidang tanah lebai abdul kadir. ia dibina meggunakan kayu pada dinding dan berbumbungkan atap. Masjid ini juga bersebelahan dengan tanah perkuburan dan tanah tersebut telah dimanfaatkan oleh semua penduduk kampung disana.
Terdapat satu lagi masjid dibina iaitu Masjid permatang bertam, ianya dibina pada tahun 1804 di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba allah. Masjid itu berhadapan dengan sekolah kebangsaan permatang bertam. Keluasan masjid tersebut dapat memuatkan penduduk di sekitarnya. Setelah bertahun-tahun, penduduk islam semakin bertambah di kawasan itu, lalu satu lagi masjid ditubuhkan di atas tanah milik datuk dan nenek kepada Tuan haji ahmad bin haji man. Masjid ini berdekatan dengan pekan kepala batas yang membuatkan masjid ini menjadi pusat tumpuan ibadah dan perkembangan islam pada tahun 1854.
Pada tahun 1854 ini juga ramai penduduk bersepakat untuk membina masjid yang lebih besar, masjid inilah yang masih kekal sehingga kini. Pada masa itu, Allahyarham tok deris dan Tuan Haji Ibrahim Bin Haji Mohd Tahir lah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan urusan pembinaan ini kepada pegawai daerah. pelan itu telah diterima pakai oleh jawatankuasa pembinaan masjid pajak song.
Pada tahun 1964, masjid itu telah dirobohkan untuk membina masjid yang baru dengan kelulusan dan peruntukan RM 100,00 dari kerajaan pusat iaitu Kementerian Pembangunan Negara dari Luar Bandar. Peruntukan ini juga disokong oleh derma dari orang ramai sebanyak RM 67,000. Masjid ini telah dibina kukuh dan telah diguna pakai sehingga sekarang adalah hasil usaha gigih Allahyarham Dato' Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah Fahim pada tahun 1963 merancang pembinaan masjid baru untuk menggantikan masjid yang lama di atas tapak yang sama. Allahyarham Dato' Haji Ahamd Badawi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Kepala Batas dan Ahli Dewan Undangan Negara Malaysia serta nazir, imam masjid ini telah banyak berjasa kepada penubuhan masjid ini.
Masjid tersebut siap sepenuhnya pada tahun 1965 dengan pembelanjaan RM 167,000 setelah masjid lama telah dirobohkan pada tahun 1964. pada awal tahun 1966, masjid boleh diguna oakai sepenuhnya oleh masyrakat islam sekitar kawasan kepala batas setelah kerja-kerja melengkapkan alat-alat dan perkakas-perkakasan yang lain yang berkaitan sepoerti sejadah, al-quran, hadis, majalah ilmiah, bekalan air dan elektrik dan sebagainya.
Pada 2 september 1966 bersamaan 17hb Jamadil Awal 1386 hari jumaat, masjid ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Haji Abdul Razak bin Dato' Hussain iaitu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri pembangunan Negara dan Luar Bandar serta Menteri Pertahanan Malaysia. Nama Masjid ini telah dinamakan sempena nama allahyarham Dato' HAji Ahmad BAdawi bin Haji Abdullah Fahim di atas sumbangan dan jasa beliau. Masjid ini dinamakan Masjid al-jamiul Badawi, Kepala Batas.
Tercatatnya didalam surat khabar berkenaan dengan sebuah masjid yang kekal utah walau sudah berusia 267 tahun. Masjid tersebut adalah masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas. Masjid ini kukuh kerana pengurusan masjid serta ahli kariahnyalah yang sentiasa menitik beratkan prihal kebersihan bagi membolehkan generasi akan terus memanfaatkan Masjid ini.
disediakan oleh : ahmad fauzan
tarikh : 13/ 1/2021
masa : 1:00 p.m
tempat : unisel
Monday, 10 January 2022
Pengenalan Turda Penang 1.0
Bismillahirahmanirrahim , Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Hi, salam perkenalan daripada kami pelajar institusi Universiti Selangor Bestari Jaya. Tujuan blog ini dinukilkan adalah sebagai memori simpanan kami ketika menjalankan misi di Penang. Ia juga bertujuan bagi dikongsikan kepada pembaca bagaimanakah pengalaman kami ketika disana, apa aktiviti ataupun program yang kami jalankan semasa berada di Penang. Blog ini adalah sebagai salah satu cara untuk kami kongsikan bersama dunia tentang sedikit petikan bab didalam hidup kami dan harapnya dapat sedikit sebanyak membantu menambah ilmu pengetahuan atau pengalaman kepada para pembaca sekalian walaupun hanya di laman maya. Ilmu yang dikongsikan tidaklah banyak tetapi harapnya mendapat berkat dan redha Allah S.W.T. Sebagai pengenalan awal, kumpulan kami ini terdiri daripada 9 orang, 2 orang lelaki dan 7 orang perempuan iaitu Fauzan, Farief, Fudhla, Fariha, Nina, Afina, Awa, Zila dan Farhaney. Pada setiap minggu bermula sekarang akan ada cetakan baru yang akan diterbitkan oleh salah seorang ahli kumpulan kami secara bergilir dan minggu ini kita akan bermula dengan Fauzan untuk kongsikan persiapan sebelum ke Misi. Artikel baharu setiap minggu akan dikongsikan pada setiap hari Rabu. Setakat ini sahaja,sedikit sebanyak pengenalan yang saya dapat kongsikan kepda anda semua, Terima Kasih kerana sudi membaca nukilan blog kami ini. Sekian, Jumpa lagi pada artikel yang akan datang.
Puisi: Fotografi Pancaindera
Indah sungguh ciptaanMu Akan aku jadikan simpananku Dalam sekeping kertas Yang disebut polaroid Kebiruan langit menjadi tarikan utama Kebir...
-
Disebabkan kami memilih kawasan DUN Pinang Tunggal sebagai lokasi misi kami, ini sedikit sebanyak sejarah awal pertemuan kawasan ini. Pin...
-
Pantai Teluk Bayu, kami membuat rakaman video berkaitan pencarian sukarelawan untuk turda 2.0 yang akan dijalankan nanti. Tujuan cadangan p...
-
Madrasah Tahfiz Al- Falah telah dibina pada awal tahun 2007 dan sehingga kini bangunannya telah dibaik pulih sehingga menjadi sebuah bangun...